Refleksi e-pembelajaran

Berdasarkan e-pembelajaran yang ditugaskan, kini saya faham bahawa e-pembelajaran merupakan satu istilah yang merujuk kepada proses pembelajaran yang menggunakan teknologi maklumat. Jika sebelum ini saya selalu mendengar tentang e-banking dan e-penyata gaji, kini pembelajaran yang mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran juga dipanggil e-pembelajaran. Satu istilah yang baru tetapi aplikasinya sudah biasa dilakukan.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan komponen ICT seperti CD-ROM, internet, komputer dan kelengkapan multimedia yang lain semestinya menggalakkan motivasi murid untuk belajar dengan lebih baik. Sebagai seorang guru, penggunaan program seperti wordpress ini membantu saya untuk mempermudahkan penyampaian isi kandungan serta memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dengan isi kandungan yang disampaikan. Sebagai contoh,

Apabila saya memuat naik video seperti di atas, murid yang mengakses kepada page saya, mereka boleh melihat penyampaian isi kandungan dengan lebih realistik serta lebih jelas. Murid saya juga boleh memberi komen atau respon di bahagian bawah post yang telah saya publish. Melalui aktiviti ini, saya melihat bahawa saya secara terus telah mengaplikasikan pedagogi pengajaran jenis kolaboratif di mana saya merasakan kaedah ini sangat berkesan dalam melahirkan pembelajaran dan pengajaran yang bermakna.

Selain itu, saya melihat bahawa pedagogi ini secara terus mengaplikasi teori pembelajaran konstruktivisme. Berdasarkan pengalaman mengajar dan dari bahan pembacaan saya, konstruktivisme ini mengalakkan minat murid untuk membuat carian dengan lebih kreatif dan meluas. Di zaman moden abad-21 ini, saya merasakan bahawa proses pengajaran perlu berubah mengikut peredaran zaman dan kemajuan teknologi terkini supaya minat untuk mencari ilmu itu sentiasa berlaku dalam hidup murid seterusnya menjadi amalan seharian.

Advertisements

Komponen-komponen e-Pembelajaran

Pembelajaran melalui e-pembelajaran dapat dihuraikan sebagai satu proses pembelajaran dan latihan yang menggunakan teknologi maklumat. Ianya merupakan satu perkembangan dan perubahan bagi cara pembelajaran generasi kini meningkatkan pengetahuan. Berdasarkan e-pembelajaran ini terdapat komponen-komponen yang terkandung di dalamnya. Komponen-komponen yang terdapat dalam e-pembelajaran menurut Robson (2002) adalah seperti berikut :

Walau bagaimanapun berdasarkan Khan (2006), komponen bagi e-pembelajaran dibahagikan kepada 8 iaitu :

  1. Pedagogi yang merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran. Ianya merangkumi analisis dari objektif pembelajaran tertentu dan reka bentuk pedagogi yang akan digunakan untuk mencapai objektif yang ditetapkan.
  2. Teknologi : menitik beratkan teknikal infrastruktur seperti hardware dan penggunaan platforms.
  3. Reka bentuk antara muka : Pandangan menyeluruh tentang e-pembelajaran (halaman dan reka bentuk site, reka bentuk isi kandungan dan navigation)
  4. Penilaian tentang e-pembelajaran: termasuk penilaian pelajar, penilaian guru dan penilaian persekitaran pembelajaran.
  5. Pengurusan e-pembelajaran : penyelenggaraan persekitaran pembelajaran dan taburan maklumat bermakna.
  6. Bahan sokongan e-pembelajaran : menguji bahan atas talian yang lain serta bahan yang diperlukan untuk menggalakkan persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna.
  7. Etika : berkaitan dengan sosial dan pengaruh politik, kebudayaan yang pelbagai, berat sebelah, kepelbagaian geografi, kepelbagaian pelajar, kemudahan mengakses maklumat, perkara-perkara berkaitan etika dan isu undang-undang.
  8. Institusi : berkait rapat dengan isu-isu hal ehwal pentadbiran, hal ehwal akademik dan perkhidmatan pelajar berhubung e-pembelajaran

Selain itu Romi (2009) pula menyatakan bahawa komponen e-pembelajaran terbahagi kepada 3 iaitu :

1. Infrastruktur e-pembelajaran : server dan client (PC), Network Media dan Teleconference

2. Sistem dan aplikasi e-pembelajaran : Learning Management System (LMS) dan situs portal/blog

3. Kandungan e-pembelajaran : Multimedia-based content dan text-based content

Namun begitu keseluruhannya komponen yang terdapat dalam e-pembelajaran menyokong pembelajaran murid dan membantu meningkatkan proses pembelajaran mengikut perkembangan terkini. Segalanya berada di hujung jari namun penerapan terhadap nilai, moral dan etika perlu dititik beratkan dalam pemilihan ilmu di alam ciber.

Infrastruktur e-Pembelajaran

E-Pembelajaran menggunakan metod pengajaran dan pembelajaran yang baru di mana media jaringan Internet dan penggunaan komputer diintegrasikan dalam meningkatkan kefahaman dan penguasaan pengetahuan murid dalam abad ke-21 ini. Sistem dan aplikasi elektronik yang digunakan mampu memberi impak dan kesan yang sangat tinggi terhadap pembinaan ilmu dalam diri individu. Oleh yang demikian infrastruktur yang terdapat dalam e-pembelajaran ialah :

1. Komputer peribadi (PC) 

2.  Jaringan komputer

3. Internet 

4. Kelengkapan multimedia

Video di bawah menerangkan tentang infrastruktur e-pembelajaran yang ada di peringkat pengajian tinggi :

Teori-Teori Pembelajaran dalam e-Pembelajaran

E-Pembelajaran bermula apabila murid boleh mengakses maklumat menerusi laman sesawang di internet atau integrasi penggunaan jaringan elektronik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pembelajaran melalui e-pembelajaran ini boleh berlaku secara formal atau tidak formal iaitu sama ada menghadiri kursus atau program yang dianjurkan oleh pihak tertentu atau melalui perbincangan maya.

Antara teori-teori yang mendasari pembelajaran melalui e-pembelajaran ini ialah :

1. Teori Konstruktivisme

Berdasarkan teori konstruktivisme, murid akan membina pengetahuan sendiri berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. Murid akan melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran apabila penyelidikan, menganalisis dan mempersembahkan maklumat diperlukan sewaktu mencari dan mengumpul maklumat. Oleh yang demikian, murid secara langsung sedang membina kemahiran dan pemikiran yang kreatif dan kritis dalam diri. Murid berpeluang berkongsi dan menghormati pandangan orang lain serta menjalani aktiviti yang lebih hands-on dan minds-on. Di samping itu juga murid dapat mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman selain dapat menyampaikan sesuatu yang baru secara terus kepada orang lain.

2. Teori kognitif

Bagi teori kognitif pula merupakan teori yang melibatkan ingatan sama ada ingatan jangka panjang mahu pun jangka pendek. Ahli teori kognitif berpandangan pembelajaran yang melibatkan kemahiran pemprosesan maklumat yang melibatkan pemerolehan, penstrukturan semula dan pengaplikasian maklumat menyediakan murid dengan persekitaran pembelajaran yang aktif dan lebih bermakna. Murid akan membina kemahiran berfikir yang lebih saintifik dan rasional serta lebih inovatif.

Berikut merupakan audio mengenai teori-teori pembelajaran seperti teori tingkahlaku, teori kognitif dan teori konstruktivisme.

Selain itu, antara artikel mengenai teori kognitif yang boleh dikongsi bersama ialah ‘Cognitive theories of learning‘ dan ‘Chapter 5 : Learning Theories‘ manakala artikel bagi teori konstruktivisme ialah “technology in the classroom‘ dan ‘E-learning in the 21st Century‘.

Pedagogi e-Pembelajaran

Perkembangan teknologi terkini yang semakin canggih amat membantu persekitaran pembelajaran murid. Pembelajaran yang menggunakan jaringan elektronik dilihat lebih rasional diamalkan dalam proses pemerolehan pengetahuan di samping penguasaan yang baik bagi penggunaan internet di kalangan murid.

Kaedah pembelajaran berbentuk tradisional yang diamalkan sebelum ini tidak lagi menjadi amalan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui teori e-pembelajaran murid dapat menyusun dan mengatur pengetahuan yang diperoleh dengan lebih baik lagi berdasarkan peluang pembelajaran yang menggalakkan kolaboratif dan interaktif (Zahiah & Abdul Razaq 2010).

Pembelajaran kolaboratif memerlukan perkongsian autoriti di antara pengajar dan pelajar. Pembelajaran kolaboratif melalui e-pembelajaran menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan lebih meluas melalui komuniti dalam talian seperti group chatting yang diasaskan oleh sistem pengurusan pembelajaran yang dikenali sebagai Moodle (Tang Jun Chin 2006). Oleh yang demikian, pembelajaran kolaboratif ini meningkatkan kemahiran komunikasi murid selain menggalakkan penguasaan murid mengikut tahap masing-masing. Ia juga menyediakan murid dengan pemikiran yang lebih kreatif dan kritis.

E-Pembelajaran juga menggalakkan murid membina pengetahuan sendiri berdasarkan pengalaman yang dialami. Tambahan pula sesuatu pengetahuan yang diperoleh akan lebih diingati melalui kaedah visual.

Apa itu E- Pembelajaran?

Definisi E-Pembelajaran

Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi, e-pembelajaran menjadi satu istilah yang popular dan mempunyai pelbagai tafsiran dan persepsi. Namun begitu secara umumnya, e-pembelajaran dapat didefinisikan sebagai satu proses pembelajaran yang menggunakan sistem atau komponen elektronik bagi mempelbagaikan penggunaan teknologi untuk meningkatkan keboleh capaian dan keberkesanan pembelajaran (Kamaludin Ahmad 2006). Secara dasarnya, e-pembelajaran ini melibatkan penggunaan komputer atau komponen elektronik termasuklah CD-ROM dan bahan pembelajaran melalui atas talian (online).

E-pembelajaran ini secara langsung membolehkan proses pembelajaran yang canggih dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya. Melalui e-pembelajaran, murid dapat mengamalkan pembelajaran yang berterusan di samping berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan kerana ia mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik. Tambahan pula kemudahan untuk perbincangan atas talian dan bantuan professional untuk isi kandungan juga disediakan sebagai pendekatan kepada pendidikan, latihan dan maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu.

Selain itu, e-pembelajaran ini juga sangat membantu dalam proses pembentukan pembelajaran sepanjang hayat seperti yang diharapkan oleh dasar pendidikan negara kita (dasar e-pembelajaran negara). Oleh itu cara melaksanakan e-pembelajaran yang baik dalam pembelajaran amat digalakkan. Pelaksaanan yang berkesan boleh dilakukan seperti yang dicadangkan oleh Rosenberg melalui bukunya yang bertajuk ‘E-learning : Strategies for Delivering Knowledge in the Digital Age’ atau boleh dibaca di laman ini.