Apa itu E- Pembelajaran?

Definisi E-Pembelajaran

Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi, e-pembelajaran menjadi satu istilah yang popular dan mempunyai pelbagai tafsiran dan persepsi. Namun begitu secara umumnya, e-pembelajaran dapat didefinisikan sebagai satu proses pembelajaran yang menggunakan sistem atau komponen elektronik bagi mempelbagaikan penggunaan teknologi untuk meningkatkan keboleh capaian dan keberkesanan pembelajaran (Kamaludin Ahmad 2006). Secara dasarnya, e-pembelajaran ini melibatkan penggunaan komputer atau komponen elektronik termasuklah CD-ROM dan bahan pembelajaran melalui atas talian (online).

E-pembelajaran ini secara langsung membolehkan proses pembelajaran yang canggih dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya. Melalui e-pembelajaran, murid dapat mengamalkan pembelajaran yang berterusan di samping berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan kerana ia mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik. Tambahan pula kemudahan untuk perbincangan atas talian dan bantuan professional untuk isi kandungan juga disediakan sebagai pendekatan kepada pendidikan, latihan dan maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu.

Selain itu, e-pembelajaran ini juga sangat membantu dalam proses pembentukan pembelajaran sepanjang hayat seperti yang diharapkan oleh dasar pendidikan negara kita (dasar e-pembelajaran negara). Oleh itu cara melaksanakan e-pembelajaran yang baik dalam pembelajaran amat digalakkan. Pelaksaanan yang berkesan boleh dilakukan seperti yang dicadangkan oleh Rosenberg melalui bukunya yang bertajuk ‘E-learning : Strategies for Delivering Knowledge in the Digital Age’ atau boleh dibaca di laman ini.

Posted on September 20, 2012, in E-Pembelajaran. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a comment